Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di daerah Jackson, seorang wanita di Bandar Kansas, Missouri dituduh membunuh bayinya yang berusia sebulan dengan cara menempatkannya di dalam ketuhar.
Laman berita NBC News melaporkan bahawa suspek telah ditangkap dan dituduh melakukan jenayah yang membahayakan kanak-kanak.
Pada Jumaat lepas, pasukan polis dari Bandar Kansas telah diarahkan ke kediaman suspek selepas menerima laporan tentang bayi yang tidak bernafas.
“Anggota polis mendapati terdapat kesan luka melecur pada badan mangsa,” kata seorang detektif dalam kenyataannya berhubung kebarangkalian punca kematian mangsa.
“Pihak bomba di Bandar Kansas bertindak balas sebelum mengisytiharkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” tambahnya lagi.
Dokumen mengenai kejadian tersebut mendakwa bahawa ibu kandung bayi tersebut mahu meletakkan bayinya untuk tidur, tetapi secara tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar bukan di katil bayi.
Baca juga: “Dari luar dengar anak meraung, baru lahir 5 bulan tapi makngah dah cubit sebab muntah kat kain dia”