Susulan pengakuan Sharnaaz Ahmad yang tidak menolak jodoh dengan Shila Amzah, harini penyanyi berkenaan pula tampil memberi komen mengenai isu hangat yang dibualkan oleh netizen.
Shila Amzah mula dikaitkan dengan Sharnaaz selepas mengumumkan penceraiannya pada Februari lalu.
Sharnaaz Ahmad dilihat memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi tersebut ketika kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36.
Shila baru-baru ini memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan berharap agar orang ramai memberikan ruang kepadanya untuk pulih selepas berdepan dengan keruntuhan rumah tangga.
“Sha ok je tau. Tapi if kalian okay with me, please bagi Sha ruang.. Selepas berceerai. Iddah pun belum habis lagi.
“This is the first time I get too, focus on me.. Seumur hidup memang I always give myself to people.
“Kesediaan untuk memulai apa pun dengan sesiapun memang jauh lagi dan tiada. Fokus Sha satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukanlah priority untuk Sha”, ujarnya di hantaran laman Instagram.
Sebagai seorang wanita dan ibu pastinya Shila mahu memberikan seratus peratus fokusnya kepada anaknya dan mungkin satu hari nanti bila sudah bersedia pastinya Shila akan menemui jodohnya cuma mungkin bukan dalam masa terdekat.
Penyanyi lagu Pelukan Angkasa itu mengakui rasa syukur atas segala doa yang baik-baik daripada para peminat dan pengikutnya yang banyak memberi kata-kata semangat kepadanya.