Amat dikesali apabila kita sudah berusaha pilih yang segar tetapi alangkah terkejut dapat pula yang sebaliknya akibat sikap tidak jujur peniaga.
Inilah yang terjadi kepada seorang wanita terbantut hendak makan ikan apabila mendakwa ikan kembung yang dibelinya sudah busuk dari sebuah pasar raya.
Dia mendakwa kejadian berlaku ketika berkunjung ke sebuah kedai dekat pasar di Johor yang mana semua ikan yang dipamerkan kelihatan segar dan dia memilih beberapa ekor ikan untuk dibelinya.
Rupanya ikan yang dipamerkan itu hanya sekadar ‘gimik’ apabila dia mendapati ikan yang dibelinya sudah busuk dan tidak segar seperti di pasar selepas pulang ke rumah.
“Saya baru terkena, ikan yang dia (peniaga) letak atas meja depan mata nampak fresh, tapi yang dibungkus bagi dekat kita dah tak elok. Macam ni cara dia buat rupanya.
“Ikan yang kita pilih tu dia akan cedok depan kita. Tapi dekat belakang, dekat tempat yang dia kira-kira duit tu, ada lagi satu bungkusan ikan yang dah tak elok.
“Kalau kita lalai dan tak perasan, dia akan tukar bagi bungkusan ikan yang busuk tu dekat kita. Bila saya dah balik rumah, baru perasan ikan dalam tu semua dah busuk dan berbau,” ujarnya di TikTok
Sementara itu, seorang pengguna laman X memberitahu taktik sebegitu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Baca juga: Akui diri sudah tewas, Mawar Rashid umum ‘free hair’