Ahli keluarga ini berpakat mengepung ikan haruan yang naik ke darat di sebuah kampung di Kelantan. Ikan haruan naik ke darat, rezeki budak lelaki bersunat tulis caption di Tiktok.
Satu video viral baru-baru ini salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai @musim263 telah memuat naik video ahli keluarganya telah mengepong ikan haruan.
Bagaimanapun mereka hanya berjaya memperoleh dua ekor sahaja dan seekor lagi terlepas. Di fahamkan rumah mereka terletak berhampiran sawah.
Umumnya, masyarakat Islam Malaysia bermazhab as-Syafie memegang hukum berkhitan atau bersunat adalah wajib kerana ia tuntutan Islam.
Spesies ikan paling menyerlah khasiatnya adalah Channa striatus atau lebih dikenali sebagai haruan di Asia.
Hasil pemantauan prestasi dan kadar penyembuhan pesakit yang diberi pil pati haruan berbanding plasebo, cukup menakjubkan.
Bagi kanak-kanak lelaki, musim cuti persekolahan membawa dua kemungkinan sama ada percutian menyeronokkan tanpa perlu menelaah buku atau kegusaran untuk menempuh alam dunia lelaki baligh, berkhatan.
Berkhitan, bersunat, ‘masuk jawi’ antara kata nama lain merujuk kepada khatan dan sangat sinonim dengan musim cuti sekolah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Baca juga: Kecoh pelajar UiTM lenjan Lamborghini dalam kampus, ini rupanya cerita sebenar