Ikan rebus goreng sangat sedap tapi jangan lupa masukkan benda ini lagi sedap. Ikan rebus atau ikan lengat sungguh enak dimakan ketika musim tengkujuh tambah-tambah pula nasi tengah panas-panas.
Jom hari ini Kakzah melalui Facebooknya nak share resepi ike rebuh mak mertua yang hingga kini menjadi kesukaan anak dan menantunya. Al Fatihah buat mak mertuaku.
Lebih kurang je dengan resepi lain tapi air tangan mak tu yang mahal nilainya.
Ikan aye atau ikan tongkol rebus goreng ala mak mertua dan nasi goreng Kakzah.
Kot ada yang kata “hek elehhh …resepi camni pun nak kongsi”. Adik kakok buat dulu tengok umphh ke idok.
Makan pulak dengan budu kerenyek cili api atau sambal belacan dan jering muda. Dia punya penangan tu makan kenyang tidur berjam-jam jawabnya.
Petua mak mertua
Masukkan satu sudu kecil beras dalam rebusan ikan terutama ikan tongkol@aye.
Sesetengah resepi ike rebuh tak letak halia dan bawang putih. Mak mertua letak hirisan halia dan bawang putih sebagai ubat angin. Masa goreng tu goreng sekali dengan asam keping, halia dan bawang putih. Dia punya bau mak esah kat belakang rumah datang hulur pinggan.
Nak lagi sedap guna periuk tanah supaya boleh rebus lama ngan api perlahan. Ikan lagi lama bermesra dan bermanja. Tapi kali ni kakzah guna periuk biasa sebab claypot duk ada gulai kawah dalam tu.
Nasi goreng ikan rebus Kakzah
Tumbuk cili api dan bawang merah.
-Hancurkan isi ikan.
-Hiris kacang panjang.
-Hiris serai
-Hiris daun limau purut
-Kalau ada hirisan bunga kantan lagi sedap.
👉Tumis bawang , cili api dan serai biar sampai agak2 garing. Tumisan garing nasi goreng jadi lebih wangi.
👉Masukkan ikan rebus.
👉Masukkan nasi dan sedikit garam
👉last sekali masukkan hirisan kacang panjang dan daun limau purut.
👉 Masak sekejap dan tutup api.
Langkah pertama..Merebus ikan.
Air agak-agak tenggelam ikan
Asam 5/6 keping
Bawang putih ketuk/hiris
Halia hiris
Lengkuas hiris
Garam kasar 3 sudu besar.
Satu sudu kecil beras
Petua supaya ikan tidak hanyir letakkan satu sudu beras(guna sudu teh yang kecik tu ye).Jangan letak sepot pulak nanti jadi bubur nasi.
Penyedap yang buat ikan rasa manis dan cantik bila digoreng ialah Gula kabung/gula melaka. letak sikit je sebab ni bukan pengat ikan tongkol.
Bahan hirisan lagi banyak lagi sedap. Mertua kakzah cakap boleh jadi ubat halia dan bawang putih tu.
Didihkankan dulu bahan-bahan diatas dalam 10 minit supaya dia orang bermesra dan bergurau senda
..Agak-agak 10 minit bahan tadi bermesra boleh la masukkan ikan.10 minit takkan tak jatuh cinta lagikan?
Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta..
Dah nape ko nyanyi pulak…masak cik kak masakk..
Goreng ikan tadi bersama bahan-bahan yang dalam periuk. Bau wangi sangat. Bau tu la yang jadi kegilaan mak esah belakang rumah.
Ni cara anak mak mertua kakzah makan.
AMARAN KERAS. Jangan TIRU sebab tak elok untuk kesihatan. Ambil sedikit minyak goreng buh dalam nasi letak budu sikit pastu gaul-gaul….ya ampun sihh, sedap bangat.
“Banggg…nasi dah letak lom???’
“Alamakkk lupa tekannn”
“hemmm punahhh…
Masak hingga kuah tinggal sedikit sahaja.
Sekiranya nak simpan ikan ni buang dulu air rebusan sebab ikan akan menyerap masin
Selamat mencuba.
Hazahusain@kakzah
Baca juga: Kantoi pekerja airport curi barang dari bagasi penumpang bernilai RM10 juta