Ikan rebus ini banyak versi, kali ini ada versi Thailand. Bagaimana pula dengan versi Thailand adakah rasanya lebih sedap atau sebaliknya.
Ikan yang paling sedap adalah ikan selayang atau ikan sardin kerana orang tua-tua cakap isinya manis. Jom kita buat!
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang.
Masukkan 2 ketul nise kerek
6 batang serai
1/2 sudu garam
6 ulas bawang putih
asam keping segenggam
daun limau purut 15 helai ke dalam periuk.
2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan
3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dlm peti makin sedap.
Baca juga: Pakai tudung RM1,200 pun dikatakan riak, ini penjelasan Haliza Maysuri