Ikan sardin dan tenggiri beribu-ribu terdampar di pantai Hokkaido bagaimanapun orang ramai dinasihatkan jangan ambil dan makan ikan itu.
Ikan-ikan itu dilitupi pasir dan tidak boleh dimakan kata seorang pegawai bandar memberi amaran kepada orang ramai.
Ikan itu juga tidak boleh digunakan sebagai makanan bakan dilarang digunakan seabagai baja untuk ternakan ikan kerana dibimbangi keracunan.
Seorang pakar di Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata, beliau percaya ikan itu dalam perjalanan ke selatan ke pulau utama Honshu.
“Lambakan ikan itu mungkin mati selepas ia memasuki zon sejuk,” katanya kepada Asahi Shimbun.
Spesies ikan sardin dan tenggiri itu ditemui terdampar di Hakodate, sebuah pulau utama di utara Hokkaido, Khamis lalu.
Dalam pada itu, menurut penduduk tempatan, ia merupakan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kawasan mereka.
Pihak berkuasa turut dilapor mengeluarkan amaran agar orang awam tidak mengambil dan makan bangkai-bangkai tersebut.
Sehingga kini, punca kejadian misteri itu masih belum dapat dirungkaikan
Seorang penyelidik berkata kematian ikan-ikan itu mungkin berpunca daripada faktor keletihan, dan kekurangan oksigen semasa bergerak dalam kumpulan yang besar dan padat boleh menjadi faktor ikan-ikan itu mati dan terdampar di kawasan tersebut.
Juga, kejadian yang berlaku juga bertembung dengan musim penghijrahan ikan sardin ke arah selatan ketika ini. Ikan-ikan itu juga mungkin memasuki perairan sejuk secara tiba-tiba.
Baca juga: ‘Bye bye’ Sunlight, kini suri rumah dah ada pengganti baru pencuci pinggan buatan Malaysia, Lonkey