Ikan tapah saiz mega naik ke darat di Manir, petanda banjir besar akan berlaku di Terengganu?

Ikan tapah bersaiz mega naik ke darat di Manir satu petanda banjir besar akan berlaku di Terengganu, dakwa orang kampung di situ.

Berikutan itu tular video berdurasi 17 saat di media sosial mengenai ikan tapah yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung di Manir dan dipercayai hasil tangkapan itu diperoleh dari Sungai Nerus dekat sini.

Melalui ruang komen pula, warganet mempercayai tangkapan ikan bersaiz mega itu ada kaitan dengan kemungkinan berlakunya banjir besar berdasarkan pengalaman generasi terdahulu.

Ikan tapah dan ikan lain yang bersaiz mega sebenarnya masih wujud di sungai-sungai utama di Malaysia, namun ia sangat jarang ditemukan nelayan.

Tangkapan ikan bersaiz mega akan dianggap perkara luar biasa oleh masyarakat.

Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Amirrudin bin Ahmad berkata, tangkapan tersebut bukanlah petanda satu malapetaka akan melanda penduduk negeri ini.

Amirrudin berkata, kewujudan ikan bersaiz mega di sungai tersebut bukanlah satu indikator atau jangkaan banjir besar seperti yang tular dan setakat ini tiada satu dapatan sains yang boleh mengaitkannya.

Orang ramai tidak perlu panik dengan dakwaan kononnya akan berlaku banjir besar di Terengganu berikutan tularnya sebuah video tangkapan ikan tapah bersaiz mega yang ditangkap di Manir, baru-baru ini.

@mexaar_52

Masalahnye isi sedap dok besor nie ikan tapah nie??? mcm kerass je isi tngok kan?? #banjir2023 #ikantapah #hujanlebat

♬ bunyi asal – mexaar_52 – mexaar_52
Baca juga: Baru tahu, sebab itulah perenang pancut air botol ke muka- Aliff Satar bagi ilmu baru