Sorry KPM, I’m done!
2 hari lepas ialah kemuncak kesabaran saya terhadap sistem pdpr sejak covid menjelma di tahun 2020. Saya dah tak mampu cope dan perah tenaga saya lagi.
Kelas online katanya, tapi jadi kelas tempek link youtube, tempek homework online di Whatapps group. Saya cuba ikut dan fahami dari tahun lepas. Ok, mungkin perlukan masa untuk beradaptasi dengan sistem sebegini. Tapi bila tahun ni pun dok buat benda sama, saya give up.
Satu hari, 3 subjek. Anak saya 3 org, form 2, darjah 3 & darjah 4. Kelas kafa, lagi 3 subjek. Ha kira tengok berapa subjek nak hempuk atas kepala saya untuk mengajar anak2. Saya sudah sehabis baik sediakan kelengkapan belajar online di rumah. Laptop,PC sorang satu, buku2 latihan segala2. Setiap hari dari tahun lepas, saya komited untuk anak2 saya, saya tolak hampir semua tawaran kerja training semata2 nak spend masa untuk pelajaran anak2.
Bermula pukul 8 pagi, group whatsapp sekolah akan dapat link youtube, gambar2 dan kerja rumah. Lepas abis satu kelas, 1 kelas. Lepas tu perkara paling annoying, berdedai2 list kehadiran dalam group whatsapp, dan jugak hasil kerja sekolah suruh cikgu semak. Kadang2 whatsapp group sekolah jd medan pertandingan, anak sapa siap dulu, anak sapa paling rajin, anak sapa buat elok, mak2 sapa baguih, blh dok kelebet anak 24jam.
Semalam, ada seorang cikgu sekolah anak saya yang buat kelas mengajar depan2 melalui Gmeet, Cikgu Zaiton namanya. Saya rasa betul2 ringan sebelah bahu selepas cikgu mengajar secara 2 way communication begitu. Ada lagi sorang cikgu math tahun lepas, Cikgu Saari namanya, buat inisiatif rakam sendiri dirinya mengajar di whiteboard. Walaupun pelajar tak dapat respon on the spot, tapi pelajar boleh rasa kehadiran cikgu. 2 cikgu ni saya puji dan sangat2 hargai. Terima kasih cikgu!
Petang pulak, kelas kafa. Mujur jugak sy baru jumpa kelas kafa swasta kt dalam taman ni. Dari tahun lepas merayu cari kelas kafa, nan hado, tak terima untuk pelajar baru, sampai la ke tahun ni. Tak tahu mana lagi nak hantar anak belajar agama. Xpa, bayar pun takpa, demi anak2. Alhamdulillah kelas kafa ni ustazah ada buat Google meet, nampaklah macam kelas online. Ada interaksi guru-pelajar. Anak2 saya pun nampaknya kembali bersemangat.
Ok, masuk bab saya pulak, dari pagi siapkan sarapan, setup class untuk anak2, saya sendiri pun ada kelas online, sambil ajar anak, sambil usung laptpp masuk dapur, prepare lunch, sambil saya jawab exam, prepare modul, recording segala. Alhamdulillah, saya sabar, dan sabar lagi lalui hari2 mendatang.
Sampailah ke tarikh 2 hari lepas, saya burnout. Saya terlampau letih, saya dah tak sanggup. Saya buka shower dan menangis semahu-mahunya dalam bilik air sebab tak nak anak2 nampak. Lepas tu baru saya boleh cool down balik. Otak saya baru boleh berfikir secara rasional.
Saya buat keputusan, saya dah tak berminat ikut sistem pendidikan macam ni. Ini anak2 saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka, bukan cikgu2 hatta KPM sekalipun. Kalau anak2 saya melingkup pun, takkan ada siapa yang peduli.
Jadi saya duduk di meja tulis, dan rangka strategi baru. Saya print semua silibus sekolah anak2 saya. Saya buat jadual kami sendiri. Setiap hari 1 jam untuk kami berempat duduk dan go through setiap satu tajuk bagi 1 subjek. Kerja rumah yang dikirim oleh pihak sekolah jatuh tempat kedua. Ada masa baru buat. Subjek pendidikan seni, muzik, jasmani etc, saya tolak tepi, sebabnya saya tau anak2 saya dah cukup aktif dan kreatif.
Ada 1 lagi masalah berkenaan subjek sains, zaman sekarang subjek sains lebih kepada menghafal jargon2 dari pehamanan sains itu sendiri. Saya adalah peminat dan SPM A1 scorer matapelajaran sains, saya fikir, jika masa saya sekolah dulu saya dipaksa hafal inferens,malar tak malar dan tahapa2 lagi, kemungkinan besar saya akan benci subjek sains. Subjek sains sepatutnya fun, bukan stressful.
Masa 2 jam saya menangis2 tu, perasaan saya bercampur baur. Ada yang saya menangis sebab kasihankan diri saya, ibubapa lain, dan guru2 sekolah. Saya ni, boleh dikatakan celik juga IT, pun rasa sangat2 terbeban. Saya mampu sediakan pc,printer utk anak2. Bayangkanlah ibu bapa yang kurang faham bab teknologi. Yang kurang mampu, yg diberhentikan kerja, yang anak 7-8org. Cikgu2 tersepit, nak buat Google Meet, tak semua pelajar dapat masuk, ada yang tak pandai nak handle Gmeet, ada yang line internet sangat bermasalah.
Itu belum lagi masuk ke masalah depression, ibu bapa dan guru. Setiap kali kunjungan saya ke pakar psikiatri, nurse selalu tanya, puan ni cikgu ke? Saya tanya, ramai ke cikgu2 masuk sini? Raaaaaaamaiii jawabnya. Itu kalau yang tahu memang hidap depression,dan pegi dapatkan rawatan. Yang tak tahu, dan tak boleh control tu macamana? Silap2 dicekiknya anak2.
Kawan2 saya sangat ramai yang berkerjaya guru dan pensyarah, selalu mengadu, mereka memang betul2 tersepit, nk buat kelas online susah, pihak atasan juga menekan minta data itu ini, ibu bapa murid ramai yang bekerja dan sukar bagi kerjasama, kalau adapun waktu malam saja. Last2, back to square, tempek link, tempek homework di WhatsApp sajalah jalannya.
Kami ibu bapa sudah lelah. Duit ringgit tak payah cakaplah,laptop, printer segala2 terpaksa beli. Guru2 sudah lelah, semangat mengajar kian hilang. Entahlah.Saya betul2 penat dan fedup. Jadi saya buat keputusan, nak mengamalkan konsep mampoih pi.
Kalau anak saya larat buat kerja sekolah, buatlah. Kehadiran dlm WA class pn saya dah menyampah nak isi. Kalau ada mood, saya isi, kalau tak lantakkan. Sekarang kami fokus kepada strategi dan jadual baru kami. Yang penting pemahaman anak2, bukan kehadiran. Sejam-dua sehari fokus setiap topik much better dari hari2 dok buat keja sekolah,tapi haram tak paham apa.
Sekian dulu, demikianlah berakhirnya kuota berletiaq saya pada hari ini.Saya perlu jaga kesihatan mental dan fizikal saya, kalau saya sakit, kena masuk wad gila, sapa nak jaga anak2 saya? Now, saya letih sangat2, nak makan ubat dan tidoq. Harini saya bagi cuti kt anak2 saya. Yahooo!