Imam tarawih terkejut terima surat pinangan berserta duit RM50 dalam raga motor

Imam tarawih terkejut terima surat pinangan berserta duit RM50 dalam raga motor. Siapa yang tidak terkejut jumpa surat dengan duit selepas selesai beribadat.

Seorang imam, Hakim Arrazali berkongsi kisah di mana dia telah menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.

Surat yang lengkap di dalam sampul tersebut diletakkan di dalam raga motornya.

Walaubagaimanapun, dia mengakui terkejut apabila menerima surat seperti itu tanpa disangka-sangkanya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Hakim menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti ini.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya

Lebih menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.

Pengirim itu juga turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.

Namun, di ruangan komen videonya, Hakim menegaskan untuk tidak sewenang-wenangnya mainkan atau menerima perasaan seseorang sekiranya belum bersedia untuk berkahwin.

“Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.

Apa yang dilakukan wanita tersebut boleh dikatakan agak berani, namun timbul kemusykilan duit yang disertakan tersebut. Adakah derma atau sebaliknya.

Baca Juga: Syafiq Farhain sudah bernikah, tiada niat untuk sembunyikan perkahwinan

Baca Juga: PLUS keluarkan cadangan waktu perjalanan balik kampung Aidilfitri ini