Impian peminat bakal tercapai, Lan Pet Pet sedia ‘comeback’ untuk rakam Senario The Legend

Selepas sekian lama menyepi dari dunia komedi, akhirnya pelawak dan pelakon Lan Pet Pet memberikan bayangan bahawa dia mungkin akan kembali bersama ahli kumpulan lamanya iaitu Senario yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Lan atau Mazlan Ahmad, yang berusia 54 tahun, menyatakan bahawa dia akan kembali aktif bersama kumpulan Senario pada tahun depan selepas melihat permintaan yang tinggi daripada peminat yang hanya ingin melihat mereka bersatu kembali seperti dahulu.

“Sebenarnya pengarah Ahmad Idham cabar saya dan saya sahut cabaran itu untuk kembali bersama Senario untuk projek filem terbaru Senario Legend tak lama lagi untuk tahun 2024.

“Kepada rakan-rakan Senario bersiap sedia tenaga, minda, jiwa dan hati untuk kita letupkan projek yang terbaharu ini dalam filem Senario The Legend.

“Ini juga salah satu permintaan yang tinggi daripada peminat untuk lihat kami bersatu, jadi tak mahu hampakan peminat sebab mereka sokong kami bila buat live di Tiktok,” kata Lan.

Baca juga: Kalau salah pun janganlah lempang! Netizen berang lihat video guru besar pelempang murid depan majlis