Ina Naim dedah Shuhaimi cuma ada 7 helai pakaian, “Baju elok semua dia bagi jiran”

Ina Naim, isteri kepada penyanyi Shuhaimi Saad mendedahkan arwah suaminya itu hanya memilih untuk mempunyai 7 helai baju dan hidup dalam bersederhana

Dia yang turut sebak ketika menceritakan kisah hidup suaminya itu menerusi sesi siaran langsung di Tiktok.

Ina juga memberitahu suaminya tidak akan berhabis wang untuk membeli pakaian malahan jika ada baju yang berlebihan akan disedekahkan kepada jiran tetangga.

“Baju dia tujuh helai sahaja. Setiap kali dia dapat royalti dia akan beli baju.”

@syakirahalim_

Replying to @imanhtify3j Part 9 indahnya besederhana🥹 #pageforyou #foryoupage #suhaimisaad #fy

♬ Kias Cinta – Suhaimi

“Dia akan beli tujuh helai kemudian baju yang lama dimasukkan ke dalam beg dan akan diberi kepada jiran jika baju tersebut masih boleh dipakai.”

“Kalau tak boleh pakai dia akan buat kain buruk. Kasutnya pun ada satu sahaja.”

Shuhaimi juga suka bersedekah di masjid dan akan memberikan minyak wangi yang diberikan sebagai hadiah untuk diletakkan di masjid dan surau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai tersentuh hati dan turut sebak dengan kesederhanaan penyanyi nasyid tersebut dalam kehidupan.

“Dari kisah Suhaimi ini saya pelan-pelan kosongkan baju yang jarang dipakai, baju yang beli tak pernah pakai pun ada. Kumpul dan sedekah dekat orang.”

“Kematian yang menghidupkan jiwa bagi orang yang berfikir.”

Baca juga: Lelaki jalan kaki 3 jam dari Beranang ke Kajang, cari bantuan makanan buat netizen sebak