“India kalau cakap melayu ni macam mana?” Pemuda ‘struggle’ cakap melayu slang India bikin terhibur

“India kalau cakap melayu ni macam mana?” Pemuda ‘struggle’ cakap melayu slang India bikin terhibur. Dia memaklumkan sedang bersiap sedia untuk telemovie bagi watak India pada tahun 1946 yang bercakap Bahasa Melayu.

Pemilik akaun tiktok Tambi Insurance AIA (@muniswaranharirama) memuat naik hantaran dia yang sedang membaca skrip untuk shooting. Wataknya memerlukan dia untuk bercakap melayu dalam slang orang India.

Dia mengaku susah untuk berbual melayu tak fasih sedangkan dia betul-betul fasih dalam Bahasa Melayu. Hantaran tersebut mendapat 1.2 juta tontonan.

Netizen terhibur melihatnya yang cuba sedaya upaya mendapatkan lenggok tersebut tetapi selalu berakhir dengan tawa.

@muniswaranharirama

Ade gangguan iblis 😈( @kreetigaari22 )

♬ original sound – Tambi Insurance AIA – Tambi Mamat Insurance AIA

Kau ingat india panggil nyamuk tu nyamak ke?

Kelihatan dia dan anak saudaranya yang cuba membantunya untuk menjayakan skrip tersebut namun keduanya tidak berjaya kerana bunyi yang keluar seperti slang orang Cina.

“Nak tanya, di sana ada banyak nyamuk, nyamak.

“Bapa dia nyamak, cakap jela nyamuk, takkan India teruk sangat nyamuk pun tak pandai cakap”.

Caranya mengulang skrip tersebut dilihat terlalu fasih sehingga slang India yang perlu dibuat tidak keluar. Pemilik akaun TikTok tersebut mengaku cakap Bahasa Melayu 24 jam di rumah.

Dia mengakhiri hantaran tersebut dengan mempersoal ujian yang diberikan kepadanya.

“Ya Allah kenapa aku dapat ujian yang paling susah dalam hidup aku pada usia 31.”

Terlalu fasih berbahasa Melayu

Netizen mula memuji betapa fasihnya dia bercakap Bahasa Melayu, lebih fasih daripada orang Melayu sendiri.

“Terlalu fasih sampai sampai susah buat bunyi macam India.

“Melayu dia lagi bagus dari aku.

“Memang cakap bahasa Melayu ke dekat rumah?” antara komen netizen.

Baca Juga: Lelaki terus letak jawatan lepas gaji tersalah masuk, larikan diri dengan RM790,364

Baca Juga: Cubalah berniaga dulu, penjual makanan kongsi realiti kos bahan mentah tinggi melangit