Individu dakwa popular punca PU Azman hanyut, “Dia pernah pelawa suruh saya jadi…”

Seorang individu berkongsi kisah mengenai perkenalannya bersama seorang pencetus ummah yang dikenali sebagai PU Azman.

Meskipun ketika itu belum mempunyai gelaran PU, Azman dikenali dengan gelaran ustaz Asia yang menyebabkan dirinya turut mempunyai peminat sekitar tahun 2013.

“Teringat 2013 jumpa PU Azman dekat seremban. Dulu tak panggil PU lagi. Masih dengan gelaran Ustaz ASIA. Masa tu baru usai solat zohor. Kebetulan masa tu solat dekat sebelah ‘jemaah remaja’ yang dia bawa.”

“Habis bagi salam baca doa, Ustaz Azman tegur bertanya asal dari mana dan apa tujuan datang ke seremban. long story short, bertukar nombor telefon. Masa tu tak pakai whatsapp lagi. Malamnya ustaz Azman call, dalam beberapa minit juga lah bersembang.”

Meskipun ragu-ragu dengan perbuatan itu, pemilik nama akaun facebook Harry tetap bersembang seperti biasa dengan pencetus ummah tersebut.

“Sebelum letak phone, ustaz Azman tanya…Boleh kah ustaz jadi abang angkat **** (nama singkat saya)?”.

Dirinya yang baru sahaja tiba dari Sabah menyambut baik pelawaan itu kerana baginya itu adalah doa yang dimakbulkan iaitu mahu bertemu orang-orang yang baik.

Malahan mengikut pemilik akaun, dia merasakan pendakwah bebas itu tergelincir dari kehidupan yang popular hingga menyebabkan dirinya bergaul dengan cara yang salah.

“Ujian untuk dia. Tergelincir selepas makin popular dan ramai follower hingga tersesat di jalan yang lurus.”

Baca juga: Dua hari atas motorsikal hantar adik sambung belajar, pengorbanan abang ini buat netizen sebak