Tindakan beberapa individu yang meminta gambar mereka disunting dengan mengenakan pakaian seragam polis melalui media sosial telah menarik kritikan daripada netizen.
Secara terbuka, pengguna media sosial menyuarakan ketidakpuasan terhadap permintaan tersebut dan menganggap permintaan tersebut sebagai tidak wajar.
Apabila melihat ruangan komen, ramai yang menolak untuk menyunting wajah individu tersebut kerana dikhuatiri gambar itu mungkin akan disalahgunakan.
“Maaf, tidak berani buat takut disalah guna nanti. Kalau nak juga, saya edit pakai seragam polis luar negara. Supaya tidak meragukan,” komen Azman Abdul Hamid.
“Asyik minta edit gambar jadi polis. Nak buat jenayah ke?,” ujar Rosiah Arsad.
“Kalau bukan polis, jangan buat pasal. Mana boleh rakyat biasa pakai seragam polis,” tambah Eddy.