Individu pelik kenalan suka hadir kenduri walau tidak diundang, ramai taktahu hukumnya haram

Sesiapa yang tidak dijemput ke kenduri kahwin namun tetap pergi untuk makan maka hukumnya adalah haram dan perlu dibayar sebelum meninggal dunia.

Itu adalah nilai yang perlu dibayar oleh segelintir masyarakat yang suka menghadiri kenduri kendara meskipun tidak mendapat jemputan.

Ia berikutan seorang individu yang tidak diketahui namanya mempersoalkan mengapa masyarakat melayu kerap hadir ke kenduri bersama ahli keluarganya yang ramai hingga memeningkan kepala tuan rumah.

“Why local people susah ye nak faham jemputan? dekat kad undangan dah tertulis nama husband/wife kenapa still nak datang bawa anak cucu semua ye”

Namun, individu yang dikenali dengan nama Hafiz Afandi ini pula menceritakan kisahnya yang dijemput oleh rakan baik namun tidak menyebut nama isteri serta anaknya.

“Pernah saya dapat jemputan kenduri kahwin yang hanya sebut nama saya sahaja.”

“Jadi saya hubungi tuan rumah, adakah saya boleh bawa bersama anak dan isteri saya.”

Walaupun hanya menjemput dirinya, dia turut meminta izin dari tuan rumah untuk membawa ahli keluarganya bersama-sama.

Dalam islam juga, hukumnya haram apabila menghadirkan diri ke walimatulurus tanpa jemputan kerana ia dikategorikan sebagai memakan makanan yang haram.

Baca juga: Ramai persoal tauliah Ustaz Don, tuntut Jabatan Agama masuk campur