Individu terkejut nasi goreng dicaj hingga RM180, limau ais pula sampai RM30- “Harga tak masuk akal!”

Seorang penulis blog makanan terkejut apabila melalui sebuah kejadian yang pelik kerana menerima resit makanan berjumlah enam juta rupiah (RM1,759.90) untuk makanan yang hanya biasa-biasa.

Dia yang turut memuat naik kejadian tersebut di platform Tiktok @kokorakuss menarik perhatian netizen dan tular di media sosial.

Dalam tulisannya, blogger di Indonesia itu memaparkan resit pembayaran dengan harga yang sangat tinggi, seperti nasi goreng yang berharga 639 ribu rupiah (RM187.40).

Manakala harga untuk  tiga minuman teh limau ais ialah 104,700 ratus rupiah (RM30.71). 

Dia turut berkongsi kisahnya yang memesan makanan untuk 10 orang selain rasa makanan tersebut tidak setara dengan harga.

Seorang pelanggan lain turut berkongsi pengalaman serupa di mana mereka dikenakan bayaran ratusan ringgit di kedai yang sama. 

“Sayung kangkung 400 ribu rupiah (RM117.31), mungkin bukan kangkung tapi morning glory (tumbuhan),” kata seorang netizen. 

Baca juga: Ebit Lew tidak berbaju, buat panggilan video pukul 3.40 pagi