Indonesia bakal sekat akses internet jika gagal daftar, Google dan PUBG antara tersenarai

Indonesia bakal sekat akses internet jika gagal daftar, Google dan PUBG antara tersenarai. Sekiranya gagal berbuat sedemikian, akibatnya semua rakyat Indonesia tidak akan boleh mengakses platform berkenaan yang pastinya akan membangkitkan rasa marah.

Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia mengeluarkan amaran sekatan terhadap semua perkhidmatan dan laman dalam talian jika gagal mendaftar dengan pihak kerajaan.

Menurut laporan CNN Indonesia, semua syarikat digital yang mempunyai pengguna di negara tersebut tidak kiralah syarikat tempatan atau antarabangsa wajib mendaftar perkhidmatan mereka untuk memastikan akses kepada platform mereka akan beroperasi seperti biasa.

Sebarang laman atau penyedia perkhidmatan dalam talian yang gagal berbuat sedemikian akan berdepan dengan tindakan sekatan pada 21 Julai ini.

Antara syarikat yang sudah berdaftar di platform PSE termasuklah Spotify, Gojek, Tokopedia, Traveloka, TikTok, DailyMotion dan Linktree.

Dalam masa yang sama, nama-nama besar di Internet seperti Google, Facebook, WhatsApp, Youtube, Meta, Netflix, PUBG Mobile, Mobile Legends dan Twitter masih lagi belum berdaftar sehingga kini.

Baca Juga: Orang kalau dah bernafsu, berdiri tegak pun boleh ghairah – Beby Acha bidas kritikan gelek melampau

Baca Juga: Minyak botol mahal, paket untuk domestik jadi Makcik Goreng Pisang nak guna minyak apa?