Seorang influencer Rusia yang terkenal dalam menurunkan berat badan di Instagram menjadi tumpuan selepas dia nekad mengahwini anak tirinya sendiri yang dijaga sejak berusia 7 tahun.
Marina Balmasheva, 37, juga bakal menimang anak keduanya dengan anak tiri Vladimir “Vova” Shavyrin, 23, yang dibesarkan oleh wanita berusia 37 tahun itu dari usia tujuh tahun.
Isu ini telah mencetuskan kemarahan dalam talian apabila dia mengumumkan bakal melahirkan anak keduanya dengan anak tirinya sendiri lapor Daily Star.
Bekas suami tak sangka ditinggalkan untuk anak sendiri
Bekas suami Marina, Alexey, 47, ditinggalkan oleh wanita tersebut apabila Marina lebih memilih anaknya sendiri yang juga merupakan seorang pelajar ketika itu.
Pasangan itu dikatakan menjalinkan hubungan semasa Vladimir pulang untuk cuti semester. Marina meninggalkan bekas suaminya dan lima anak angkat mereka.
Warga Rusia itu berkata, dalam catatan Instagram kepada 620,000 pengikutnya: “Kami berharap anda menerima kami dang menyokong dengan seikhlas hati.”
“Kami mengetahui tentang kehamilan baru di tambak di Sukhumi [tempat peranginan Laut Hitam].
Komen dalam talian dipenuhi dengan kekeliruan, kemarahan dan kejutan kepada kebahagiaan untuk pasangan itu
Ramai rakyat Rusia dalam lingkungan umur yang sama dengan bakal ayah sedang berjuang – dan mati – dalam perang Vladimir Putin di Ukraine.
Sediakan perjanjian pra-nikah
Dia juga memberitahu bagaimana dia mendesak perjanjian pranikah supaya dia dapat menyimpan semua wang dan asetnya sekiranya perkahwinan terbaharunya berakhir dengan perceraian.
Bekas suaminya, Alexey memberitahu wartawan yang Marina menggoda anaknya kerana sepanjang yang dia tahu, anaknya itu tidak mempunyai teman wanita.
“Mereka tidak segan untuk melakukan hubungan seks semasa saya berada di rumah. Saya akan memaafkan kecurangannya, jika lelaki itu bukan anak saya.”
Baca Juga: Nak cari calon suami, boleh ‘beli’ dipasar siap ditanda kelayakan pendidikan, asal usul keluarga