Influencer Malaysia datang Mekah tak sempat tunai umrah, “hanya beli perfume then balik..”

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi pengalamannya transit di Jeddah namun tidak sempat menunaikan umrah disebabkan kesuntukan masa.

Difahamkan, Ryzal dalam perjalanan dari London dan transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah selama beberapa jam sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

Dari lapangan terbang, pempengaruh ini menaiki teksi ke Mekah untuk membeli minyak wangi yang dijual di The Clock Towers.

Ryzal sekarang ada dekat Jeddah otw nak pergi ke Mekah untuk beli perfume dekat The Clock Towers. Beli perfume dekat situ, balik ke Jeddah naik teksi yang sama. Jam sekarang pukul 9, kena ada dekat airport pukul 1.

Setibanya di Mekah, dia ada masa 30 minit dan hanya sempat membeli minyak wangi sebelum berpatah pulang semula ke lapangan terbang.

Jelas usahawan ini, dia memang berniat untuk tunai umrah kerana masa transit yang ada sepatutnya cukup. Tetapi tidak diizinkan Allah SWT.

Baca: Padah anjur parti liar dalam tren, KTMB digesa tampil beri penjelasan