Influencer mata juling dengan mata kirinya buta 80%, pasang niat mahu jadi model suatu hari nanti

Influencer mata juling dengan mata kirinya buta 80%, pasang niat mahu jadi model suatu hari nanti.

Beliau mempunyai mata juling atau strabismus, yang menyebabkan mata kirinya buta 80 peratus, manakala sebelah kanannya perlu ‘bekerja lebih kuat’ bagi membolehkannya dapat melihat.

Daily Star melaporkan Elley Davies, 18, dari Pembrokeshire, Wales, belajar di kolej untuk mendapatkan kelayakan dalam bidang terapi kecantikan dan bekerja sambilan di kelab malam.

Dia yang disahkan mempunyai masalah kelainan pada mata pada usia empat tahun, namun enggan memakai cermin mata. Gadis itu tidak mahu kekurangan tersebut menghalangnya daripada untuk terus yakin pada kebolehan diri sendiri.

Elley bercerita dia menerima keadaan matanya dan harapan untuk menjadi model pada masa hadapan.

“Masalah berlaku sekitar usia empat tahun, ibu bapa saya baru perasan mata saya, kebanyakannya apabila saya letih, ia akan lebih mudah kelihatan.

“Perkara yang sama berlaku dengan abang saya, dia mempunyai masalah sama cuma suka memakai cermin mata namun saya tidak.

“Pernah ada orang menoleh dan memandang ke arah mata saya kerana tidak pasti sama ada saya bercakap dengan mereka atau orang di sebelah mereka dan ia memang mencabar.

“Itu satu-satunya sebab saya menyesal tidak memakai cermin mata,” katanya.

Bagaimanapun, populariti di media sosial membuka peluang kepada Elley untuk menjadi terkenal.

Ia dimanfaatkan Elley untuk mempamerkan bakat dan kemahiran menyolek wajah di platform TikTok.

“Pada awalnya, saya aktifkan TikTok untuk keseronokan kerana suka menari dan menyanyi lip sync (selaras bibir),” katanya.

Baca juga: Dikatakan hilang selama-lamanya, rupanya dekat lebih 130 tahun, kapal ini ditemui masih elok dan cantik