Ingat kunyah daging liat rupanya kunyah tali mop, netizen kongsi benda pelik jumpa masa makan

Ingat kunyah daging liat rupanya kunyah tali mop, netizen kongsi benda pelik jumpa dalam roti canai. Kita ni kalau bab makan tak kisah pun setakat nak makan mamak, tapi kalau sekali terkena macam wanita ini, pastinya lama tak makan makanan tersebut, TRAUMA!

Wanita ini berkongsi nasib malangnya ketika pesanan roti canainya bertukar tragis apabila terdapat kandungan tak ‘semenggah’ di dalamnya!.

“Ingatkan daging, rupanya mop!”

Perkongsian @yonabi di Tiktok menunjukkan video wanita berkenaan yang menangis ketika mendapati roti canai yang dimakan tidak lumat apabila dikunyah berkali-kali.

Alangkah terkejutnya dia ketika menarik ‘sesuatu’ yang disangka daging, rupanya tali mop.

“Kunyah tak lumat rupanya tali mop, menangis member”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen kembang tekak melihat bahan tambahan yang ada di dalam roti canai berkenaan dan masing-masing berkongsi pengalaman ngeri yang sama…

@yonabii_

trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia

♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih

“Dalam roti canai saya pernah ada bulu, tak nak tahu bulu apa…”

“Pernah kena, kunyah2 keras rupanya kuku ibu jari kaki, kuku tu letak dalam bingkai gambar dekat pejabat.

“Pernah minum air teh o ais ada baby lipas, tapi dah separuh minum baru perasan, terus bagitahu mamak, boleh pula dia cakap lipas jatuh dari atas, saya je yang tak perasan.

“Saya hampir nak makan mee goreng ada ulat sampah yang masih hidup,” antara pengalaman pahit yang dikongsi netizen.

 

Lepas ini sebelum makan, mesti tengok banyak kali, takut pula terjumpa benda yang tak diingini. Tambahan kalau tak biasa makan di situ, tengoklah sekeliling, kalau kotor tu baliklah, makan kat rumah dah tahu dah bersih.

Baca Juga: Wanita serang majlis perkahwinan bekas kekasih, kecewa hubungan tak direstui dua keluarga

Baca Juga: Berat pedang Nabi 980 kg? Jangan fitnah Nabi kita!