Anak yatim bermaksud anak yang tidak mempunyai ibu dan bapa kerana sudah meninggal dunia.
Nasib sebagai anak yatim ini sangat menyedihkan kerana ramai yang dibesarkan di rumah asuhan atau asrama anak yatim kerana tiada yang sudi menjaga.
Banyak kisah meruntunkan jiwa disebabkan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan kaum keluarga seakan takut untuk membela anak-anak syurga ini.
Wanita ini berkongsi kisah hidupnya yang bahagia di samping suami serta anak tiri namun allah menguji hambanya dengan menjemput suaminya ke rahmatullah dan meninggalkan seorang anak perempuan.
Assalamualaikum. Nama saya S (bukan nama sebenar). Tujuan saya menulis di ruangan ini sekadar untuk berkongsi rasa dan cerita. Saya seorang balu dan berumur 29 tahun. Arw4h suami saya telah meninggal dunia pada awal tahun yang lalu.
Arw4h seorang lelaki yang berumur awal 40 an. Tempoh perkahwinan kami hanya berlangsung selama 9 bulan sahaja. Kami masih dalam tempoh mengenal hati budi masing-masing. Perkenalan kami pun sangat singkat, hanya 3 bulan dan terus mengambil keputvsan untuk kahwin.
Alhamdulillah, keputvsan kami untuk berkahwin direstui oleh kedua belah keluarga. Keluarga saya juga terima arw4h dengan hati terbuka, walaupun umur arw4h jauh berbeza dengan saya. Arw4h juga mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 4 tahun.
Selepas kahwin, saya menjalani hidup baru sebagai isteri dan ibu, saya juga telah berhenti kerja atas permintaan suami. Ini kerana suami ingin kan saya jadi suri rumah dan masak untuknya selain dapat memberikan sepenuh kasih sayang buat anaknya.
Saya menurut permintaan suami dan meneruskan hidup baru dengan bahagia dan gembira. Walaupun status saya hanyalah sebagai seorang ibu tiri, tapi sangat sayang pada anak arw4h suami. Namun semua telah ditetapkan oleh Allah S. W. T. jodoh kami tidak panjang, arw4h kena ser4ngan strok.
Selepas arw4h meninggal dunia, adik beradik arw4h mengambil keputusan untuk menjaga anak arw4h. Ini kerana anak arw4h sudah kehilangan ibu kandungnya ketika dia berumur 2 tahun lagi. Tapi anak ini terlalu rapat dengan saya, dia hanya mengenali saya sebagai ibunya.
Apabila adik beradik arw4h membuat keputusan untuk menjaga anak ini, saya terp4ksa akur kerana saya tiada kerja tetap. Sedangkan anak telah sekolah dan memerlukan duit untuk biayai sekolah. Saya tak rasa saya mampu nak besarkan dia dengan baik, sediakan segala kelengkapan yang sempurna.
Selama dua bulan, anak tersebut dijaga oleh kakak arw4h. Pada mulanya, anak ini menjalani kehidupan baru seperti biasa dan dia sangat gembira tinggal dengan makcik nya. Saya selalu berhubung dengan anak melalui whatsapp video call.
Setiap kali video call, anak selalu bertanya soalan yang meruntun jiwa seperti, kenapa dia mesti tinggal dengan makcik? Bila saya nak datang jumpa dia? Adakah saya masih sayang kan dia? Hari-hari saya terlalu sepi tanpa anak.
Saya ingat kan anak saya happy dan gembira tinggal dengan makciknya. Saya selalu tengok video dan gambar-gambarnya yang ceria di sisi keluarga makciknya di sebelah sana. Padahal saya salah, kakak ipar saya telah maklumkan kepada saya bahawa anak saya demam.
Selalu menangis waktu malam dan selalu bertanyakan saya. Allahuakbar, meruntun hati saya. Kakak ipar saya tanya pendapat saya, adakah saya sanggup menjaga anak jika dia kembalikan anak kepada saya. Saya memang sanggup jaga anak kerana saya sayangkan dia bagai anak kandung sendiri.
Tapi kakak ipar nasihatkan saya, supaya saya fikir masak-masak dulu dan fikir untuk masa depan saya juga. Kerana saya masih muda dan suatu hari nanti ingin kan keluarga sendiri. Mungkin akan jadi satu masalah pada bakal suami atau bakal mertua nanti.
Demi anak ini, saya ketepikan tentang diri saya. Saya hanya fikir nak jaga anak ini, nak bina hidup baru dan cari kerja yang lebih stabil supaya saya dapat berikan kebahagiaan kepada dia. Jika satu hari nanti, akan ada jodoh yang ditetapkan untuk saya, saya harap insan tersebut sudi terima anak saya seikhlas hati.
Ini anugerah dan kiriman Allah untuk saya. Saya akan jaga anak yatim piatu ini seperti anak kandung saya. InsyaaAllah. Doakan saya terus kuat untuk menghadapi ujian dan rintangan hidup ini. Semoga saya boleh jaga dan sayang amanah yang Allah berikan kepada saya… Aamiinn – Puan S
Baca juga: “Bini aku nekad mintak cerai talak tiga bila aku bagitahu aku kahwin dua kat siam, kantoi bila aku…”