Seorang lelaki Australia yang menggunakan pengesan logam bajet telah mendapat ‘durian runtuh’ apabila menemui batu seberat 4.6 kilogram yang mengandungi emas bernilai A$240,000, atau kira-kira RM1 juta.
Menurut laporan BBC, lelaki tersebut yang memilih untuk tidak mendedahkan namanya, menemukan emas di Victoria yang juga merupakan pusat aktiviti penambangan emas di Australia pada abad ke-19.
“Saya terkejut… ia adalah penemuan sekali seumur hidup,” katanya kepada BBC.
Pekerja tidak terlalu memperhatikan ketika seorang lelaki memasuki kedainya di Geelong, sebuah bandar yang terletak kira-kira sejam di barat daya Melbourne yang turut membawa sebuah beg galas yang besar.
Orang biasanya datang dengan emas atau batu lain yang kelihatan seperti emas, kata Kamp.
“Tetapi, dia menarik batu ini keluar dan ketika dia meletakkannya ke tangan saya dia berkata, ‘Adakah anda fikir ada nilai A$10,000 (kira-kira RM44,000) di dalamnya?”
“Saya memandangnya dan berkata, ‘Cuba A$100,000’ (kira-kira RM440,000). Lelaki itu kemudian memberitahu, batu di tangan hanya separuh yang ditemukan,” katanya.
Batu tersebut dianggarkan seberat 4.6 kilogram mengandungi kira-kira 2.6 kilogram emas.
Baca juga: Kiriman kek hari lahir untuk Fazura buat ramai sebak, “Tinggal Mommy dengan Fatima je”