Setiap kali waktu minum petang, biskut adalah hidangan yang sering disajikan bersama dengan air panas seperti teh dan kopi. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi menjadi kegemaran kebanyakan penduduk Malaysia. Benar bukan?
Tetapi, pernahkah anda perasan bahawa kebanyakan biskut yang di pasaran mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya? Mengapa setiap biskut mempunyai bentuk dan lubang kecil yang serupa?
Bagi makluman anda, lubang-lubang yang terdapat pada permukaan kebanyakan biskut bukan sahaja hiasan semata-mata, tetapi juga mempunyai maksud yang tersirat.
Salah satu sebab mengapa terdapat lubang-lubang kecil pada permukaan biskut adalah untuk memastikan proses masakan berjalan dengan baik. Lubang-lubang tersebut memainkan peranan dalam memastikan biskut masak sepenuhnya, termasuk bahagian dalamnya.
Jika biskut tidak mempunyai lubang-lubang tersebut, ia boleh menyebabkan struktur biskut menjadi tidak kukuh, mudah pecah, hancur, dan lembik.
Di samping itu, lubang-lubang pada biskut juga membenarkan pelepasan haba semasa proses pemanggangan. Akibatnya, biskut yang dipanggang tidak akan mengembang sebagaimana biskut atau roti yang lain.
Baca juga: Ebit Lew tidak berbaju, buat panggilan video pukul 3.40 pagi