Pasangan suami isteri di negeri Pennsylvania terkejut besar apabila mendapati anjing kesayangan mereka telah menelan wang tunai sebanyak AS$4,000 (RM18,548), seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Post.
Carrie Law menerangkan bahawa sampul surat yang mengandungi wang kertas AS$50 dan AS$100 hanya diletakkan di dapur selama 30 minit sebelum suaminya, Clayton, perasan akan kehadiran serpihan kertas di atas lantai.
Anjing baka Goldendoodle bernama Cecil dan berusia 7 tahun itu sebelum ini tidak pernah mengambil apa-apa di dapur termasuk makanan.
Ketika Cecil sedang tidur, pasangan itu menghubungi doktor haiwan dan mendapat makluman bahawa wang tunai yang ditelan oleh anjing itu kemungkinan akan dikeluarkan melalui najis haiwan tersebut.
Cecil akhirnya memuntahkan wang tunai sebanyak AS$250 (RM1,159) pada malam itu. Selebihnya, pasangan itu terpaksa membawanya ke halaman belakang rumah untuk membuang air besar agar sisa wang tunai dapat dikeluarkan melalui proses pencernaan yang semula jadi.