Perkampungan Olimpik sememangnya antara yang ditunggu-tunggu oleh semua atlet yang bertanding di sukan antarabangsa tersebut.
Ini kerana perkampungan tersebut menjadi lokasi untuk berehat serta melepaskan lelah setelah seharian melakukan aktiviti.
Kerana itu keselesaan sangat dititikberatkan supaya kesemua atlet boleh berehat secukupnya sebelum melakukan aktiviti keesokan hari.
Namun, Olimpik Paris 2024 memperlihatkan negara itu sebagai negara yang kedekut berikutan mereka membuat 26,000 katil yang diperbuat daripada plastik dan kertas sekaligus menimbulkan keraguan akan keselesaan yang bakal diterima.
Tidak cukup dengan itu, Paris sebagai tuan rumah adalah satu-satunya negara yang tidak menyediakan penghawa dingin dan juga televisyen untuk para atletnya.
Kerana itu juga, India bekerjasama dengan para atlet mereka menyediakan 40 penghawa dingin yang dibawa secara terus dari negara itu untuk keselesaan jaguh mereka.
Atlet Malaysia, Goh Jin Wei juga menerusi laman instagramnya menunjukkan dirinya membeli penghawa dingin berikutan tahap kepanasan di Paris itu sangat tidak selesa.
Menurut laman akhbar, suhu dan kelembapan negara itu menyumbang kepada ketidakselesaan para atlet yang mahu nyenyak tidur selepas seharian kepenatan di sukan berprestij itu.
Baca juga: Presiden BAM umum letak jawatan