Ingatkan hanya untuk lauk, ramai taktahu belimbing buluh rupanya mampu jadi penawar penyakit juga!

Buah belimbing ini jarang dapat ditemui jika di bandar bandar besar.

Rasanya yang masam juga membuatkan ramai tidak mahu makan dan mengendahkan buah kecil ini.

Namun, belimbing buluh ini andai dicampurkan ke dalam sambal belacan amboi amat sedap rasanya ya.

Perlu anda ketahui bahawa buah yang juga dikenali sebagai belimbing asam ini mempunyai banyak kegunaan, terutama sebagai penawar bagi beberapa penyakit.

Perkara itu dikongsikan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Anim Hosnan.

Berikut adalah manfaat belimbing buluh:

1. Jus buah belimbing buluh antara kaedah efektif dalam meredakan tekanan darah tinggi, diabetes, dan masalah pening kepala.

2. Daun belimbing buluh yang dihaluskan dapat membantu melicinkan kulit muka dan mengatasi masalah jerawat serta panau dengan cara mengoleskannya ke wajah.

3. Untuk meredakan sakit gigi, anda boleh mencuba cara dengan makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4. Air rebusan belimbing buluh segar dapat digunakan sebagai penawar untuk masalah batuk.

5. Untuk merawat masalah kuning pada bayi, anda boleh mencubanya dengan mandikan bayi menggunakan air rebusan daun belimbing.

6. Untuk merawat barah, anda boleh mencuba cara ini: potong nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas, kemudian tuangkan air panas. Minumlah campuran ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

Baca juga: Sakit hati monyet selalu ceroboh rumah? Rupanya ini cara senang nak halau monyet dari kediaman