Ingatkan hilang semasa bercuti, rupanya masuk hospital sakit jiwa

  • Post author:

Sebelum ini tular di Indonesia mengenai penyanyi dan pelakon, Marshanda yang didakwa hilang ketika bercuti di Amerika Syarikat oleh sahabat baik Marshanda sendiri yang turut serta dalam percutian tersebut

Menerusi media sosial Sheila Salsabila, wanita ini meminta Presiden Jokowi membantunya mencari Marshanda. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Marshanda terus muncul dan mengatakan dirinya tidak ‘hilang’.

Marshanda memberitahu dia menghidap masalah mental iaitu Bipolar serta menafikan dakwaan dia sengaja mahu mencipta kontroversi dengan kisah menghilangkan diri.

Menerusi laporan Kompas, Marshanda membuka rahsia mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya sewaktu berita kehilangannya di Los Angeles menjadi bualan ramai.

Tanpa merahsiakan, Marshanda memaklumkan dia telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

“Pada hari kejadian, saya sebenarnya keluar ambil angin dekat pantai. Saya sengaja tinggalkan telefon kerana tidak mahu dikesan dan hanya mahu bersendirian.

“Tapi setelah beberapa jam tidak pulang ke tempat penginapan, Sheila panik kerana tidak dapat menghubungi saya. Dia hubungi talian kecemasan dan ambulans mencari saya.

“Anggota ambulans jumpa saya pada waktu itu, kebetulan saya memang sesat. Mata saya juga kabur pada waktu itu kerana ‘contact lens’ basah semasa main air di pantai.”

Salah faham dikatakan berlaku di antara penyanyi tersebut dengan petugas kesihatan walapun sudah menjawab semua pertanyaan mereka.

“Mereka mendapati saya mengambil ubat untuk kesihatan mental lalu mengambil keputusan menghantar saya ke hospital sakit jiwa dan dipantau selama hampir dua minggu.”

Ujar Marshanda, dia ditahan sejak 27 Jun sehingga 11 Julai dan hanya dapat menghubungi keluarga sebanyak dua kali sebelum dibebaskan. Tambah Marshanda, dia perlu membayar RM90 ribu untuk kos rawatan dan penjagaan.

Disoal mengenai hubungan dengan Sheila, Marshanda memberitahu mereka sudah tidak bersahabat selepas insiden itu.

Baca Juga: Rossa dibuang sekolah hanya disebabkan suka gigit orang

Baca Juga: Kenapa suri rumah di Jepun jarang jadi ‘dragon’, berbanding di Malaysia? Ini sebabnya…