Jenama fesyen terkenal dunia, Louis Vuitton (LV) dilaporkan telah melancarkan koleksi kasut but terbaru yang direka menyerupai bentuk kaki manusia.
Reka bentuk kasut but tersebut menampilkan persamaan dengan kaki model wanita yang memakai kasut tumit tinggi hitam bersama dengan stokin putih.
Kasut but itu dicipta dengan dua warna tona kulit yang berbeza dan dijual dengan harga AS$2,750 (RM12,850).
“Kulit anak lembu yang dicat menggunakan tangan untuk mencipta ilusi stokin, dengan dengan perincian bergaris dan huruf LV dan dipakai di dalam kasut hitam.
“Setiap model buatan tangan adalah unik, disiapkan sebagai kasut tumit tinggi dan zip belakang yang mudah dipasang,” demikian penerangan produk itu.
Penjualan produk tersebut menarik perhatian netizen, dengan seorang pengguna Instagram menyatakan bahawa ia kelihatan seperti kaki prostetik.
Baca juga: Loya tekak! Rupanya ada burger buat daripada nyamuk, ramai kongsi rasa sebenar