Kehadiran bendasing dalam makanan seperti rambut, kuku, batu, pasir, logam dan sebagainya biasa kita dengar lebih-lebih lagi dalam makanan yang dibeli dari luar.
Namun, ini adalah satu perkara yang tidak boleh diambil mudah memandangkan ia akan mencemarkan kualiti makanan dan membahayakan kesihatan.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh seorang wanita ini dimana dia menjumpai ibu jari kaki manusia dalam bar coklat sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa buah gambar yang menunjukkan bahagian organ tersebut yang difahamkan berlaku di luar negara.
“Cebisan daripada jari manusia dijumpai dalam bar coklat, berhati-hati dengan apa yang anda makan. Sentiasa periksa makanan terlebih dahulu sebelum makan. Sangat jijik,” tulis video berkenaan.
Menerusi kiriman itu juga individu tersebut turut meletakkan bahagian jari tersebut di atas tapak tangannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak menyangka bahawa bendasing berkenaan dipercayai cebisan organ manusia.
Susulan itu, ia menimbulkan persoalan bagaimana jari berkenaan boleh berada di dalam manisan itu. Antara komen warganet yang mencuri tumpuan;
“Aku ingatkan asam jawa” kata salah seorang netizen.
“Aku ingatkan kurma tadi,” tulis salah seorang pengguna lagi.