Ingatkan main-main sekali rupanya memang betul akak ni nama Baby Girl

Nama merupakan gelaran yang akan dipanggil kepada kita sampai bila-bila. Seban itu ramai ibu bapa yang teruja untuk memilih nama anak mereka sejak mereka dari dalam perut lagi.

Namun, bila meningkat dewasa ramai yang menggunakan nama samaran sahaja untuk lebih mudah orang sekeliling menyebutnya.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya ketika seminar bisnes dimana dia ditugaskan sebagai penceramah pada program tersebut.

Ketika sesi berlangsung dia meminta para peserta untuk menggunakan nama pendek mereka untuk digunakan jika bergelar usahawan.

Dia ada memberitahu peserta untuk tidak menggunakan nama seperti Sweet Girl dan sebagainya.

Tetapi, ada seorang peserta yang menggunakan nama Baby ketika aktiviti tersebut. Dia pada mulanya menyangka wanita itu tidak faham arahan yang diberikan.

Setelah disoal nama wanita itu memang Baby Girl dan nama penuhnya dalam kad pengenalan ialah Baby Girl Binti Arifin.

Dia juga menjelaskan Puan Baby Girl kini menetap di Sabar dan menjual kuih onde-onde berwarna ungu.

Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni