Ingatkan majlis kahwin, rupanya majlis ‘sunat je’

Sebuah majlis berkhatan menjadi viral di media sosial Indonesia kerana diadakan dengan elemen- elemen seperti majlis perkahwinan, menurut laporan daripada laman berita Wolipop hari ini.

Ibu bapa budak lelaki yang berkhatan itu kelihatan mengenakan pakaian seperti pengantin, termasuk sut dan gaun. Majlis itu diadakan dengan penuh meriah, dan hiasannya mengekalkan tema ala-ala perkahwinan desa.

Tiktok

Ibu budak lelaki itu pada mulanya dilihat turun dari kereta sambil ditemani beberapa rakan, untuk menjaga agar gaunnya tidak kotor terkena tanah.

Pasangan tersebut bersama anak mereka kemudian diarak ke lokasi majlis sebelum diterima dengan penuh meriah oleh tetamu jemputan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ibunya bersolek seperti pengantin baharu,” komen seorang netizen. 

“Video itu acara khatan. Kami muat naik pada 1 November lalu, lokasinya di Garut, Jawa Barat,” katanya. – Agensi

Baca juga: Kurus macam tiang! Jom cuba 5 makanan untuk tambah berat badan, jangan main ‘sumbat’ je..