Ingatkan pakai Alphard orang kaya je, lelaki ini dedah kereta mewah jadi teksi di Jepun-“Kalau rasa dah kaya sangat tengok ni..”

Seorang lelaki mendedahkan penggunaan Toyota Alphard iaitu sebuah jenis Multi-Purpose Vehicle (MPV) yang dikaitkan dengan kemewahan, sebagai kenderaan pengangkutan awam iaitu teksi di Jepun.

Dalam video yang dimuat naik oleh Hairul Vcool di Facebook, beliau memperlihatkan MPV tersebut ketika baru tiba di lapangan terbang negara matahari terbit tersebut.

“Yang mana pakai Alphard tu rasa dah kaya sangat, mari tengok sini. Dekat Jepun, Alphard jadi teksi je. Ha nampak tu Vellfire jadi teksi,” katanya menerusi sebuah tular.

Tiktok

Sehingga kini, video tersebut telah menerima 53,200 tanda suka dan 6,500 perkongsian oleh pengguna laman sosial.

Pengguna laman sosial juga berkongsikan kisah mereka dimana pernah melihat kenderaan mewah tersebut digunakan dengan cara ‘kasar’.

“Di Johor Bahru lagi hebat bos. Vellfire buat ‘prebet sapu’ masuk Singapura. Awak pun orang Johor Bahru mesti selalu nampak,” komen Tuan Zanar.

“Tak pelik pun sebab di Terengganu (Alphard) guna untuk van jenazah. Jejak tanah kubur,” kata Ahmad Raduan.

“Ada satu kedai kat Taman Semarak, Nilai guna Alphard untuk mengangkut lauk je,” kata pengguna lain.

Baca juga: Pekerja kitar semula jumpa kaki manusia reput dalam kotak kadbod-“Siapa silap hantar ni”