Laporan akhbar TribunJabar semalam melaporkan bahawa seorang warga emas yang kerap mengumpul daun kering, ternyata adalah seorang hartawan yang memiliki sebuah rumah mewah yang serupa istana.
Rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @misterkonde3 telah menjadi tular di media sosial dan mengejutkan ramai pihak.
Di dalam rakaman tersebut, warga emas tersebut kelihatan mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kelapa kering dan daun pisang dari sawah berdekatan.
Namun, siapa sangka di balik penampilannya yang sederhana, wanita itu sebenarnya adalah pemilik rumah mewah di kampung tersebut.
Rumahnya yang terletak di kawasan seluas 1 hektar itu dihiasi dengan patung berbentuk kuda serta ukiran emas.
Turut mengejutkan ramai apabila pelbagai jenis kereta seperti Toyota Fortuner dan Honda Civic ditemui di dalam garajnya.
Warga emas tersebut rupa-rupanya adalah seorang usahawan yang memiliki berhektar-hektar sawah.