Ingatkan pengemis, rupanya ramai tak sangka pengutip daun kering ini pemilik rumah sebesar istana

Laporan akhbar TribunJabar semalam melaporkan bahawa seorang warga emas yang kerap mengumpul daun kering, ternyata adalah seorang hartawan yang memiliki sebuah rumah mewah yang serupa istana.

Rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @misterkonde3 telah menjadi tular di media sosial dan mengejutkan ramai pihak.

Di dalam rakaman tersebut, warga emas tersebut kelihatan mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kelapa kering dan daun pisang dari sawah berdekatan.

Baca Artikel Penuh