Walaupun bergelar cucu kepada bintang legenda Amitabh Bachchan, ramai yang sebenarnya tidak mengenali Agastya.
Namanya juga hanya menyerlah setelah muncul dalam naskhah The Archies yang turut bergandingan dengan anak Shah Rukh Khan, Suhana Khan.
Menurut aktor berusia 23 tahun itu, tinggal berjauhan di Delhi sementara datuk dan neneknya berada di Mumbai menyebabkan privasinya dapat dijaga dengan baik.
“Saya pernah disangka budak penghantar ketika mula-mula datang ke pejabat syarikat produksi di Mumbai untuk berbincang dengan penerbit.
“Saya juga terdengar seseorang menyebut nama Agatsya dan menunggu bintang kesayangannya itu sedangkan saya duduk di depannya,” kongsi putera kepada anak sulung Amitabh, Shweta itu.
Agastya sebenarnya hanya mengetahui bahawa datuknya adalah seorang bintang tersohor semasa berada di sekolah rendah. Pada ketika itu, dia menyedari datuknya orang terkenal setelah menerima sorakan dari orang sekeliling ketika menjemputnya balik dari sekolah.
Baca juga: Sedap gila! Ini resepi sos blackpepper homemade, lagi puas boleh olah sendiri