Ingatkan ular bertenggek atas pokok, rupa-rupanya

Ingatkan ular bertenggek atas pokok, rupa-rupanya bila lihat betul-betul spesis kupu-kupu sebenarnya.

Attacus Atlas memiliki corak unik seakan ular pada kepaknya untuk menakutkan pemangsanya.

Bayangkan burung yang mahu memakannya secara tiba – tiba dikejutkan dengan dua kepala ular.

Kupu – kupu ini dapat ditemui di hutan Malaysia.

Pengguna Facebook itu berkongsi rasa terkejutnya apabila melihat kupu-kupu yang disangka ular di atas pokok.

Rata-rata netizen berseloroh bukan binatang sahaja yang lari malah manusia kalau ternampak kupu-kupu ini akan turut berlari juga.

“Tak guna punya kupu-kupu, kalau nampak ni mesti naik degupan jantung aku.

“Kalau jumpa depan-depan, bukan burung sahaja yang terkejut, aku pun terkejut sekali.

“Kita yang manusia pun nampak bintang seakan ular, tak cukup tanah dah lari,” antara komen netizen.

Jangan pula ada yang terlebih teruja kalau nampak ular atas pokok sebab ingat kupu-kupu. Perhati betul-betul mana tahu atas pokok anda sebenarnya ular betul.

Baca Juga: Lelaki ini kongsikan tip isterinya rebus kerang tanpa air

Baca Juga: Cikgu dulu, cikgu sekarang