Ini 10 negara beri ganjaran lumayan untuk pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024, tak sangka Malaysia tersenarai!

Sukan Olimpik Paris 2024 semestinya antara yang paling popular di seluruh dunia dan kedatangannya sangat ditunggu-tunggu.

Sepanjang acara dipertandingkan, pastilah tumpuan orang ramai ke atas siapa atlet yang bakal merebut pingat dan juga negara yang meraih pingat emas terbanyak.

Lebih menarik adalah ganjaran yang bakal diberikan kepada pemenang pingat emas pada sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut laporan FrontOfficeSports, atlet dari Amerika Syarikat akan memperoleh kira-kira AS$38,000 (RM176,836) bagi kemenangan pingat emas.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah negara lain yang memberikan ganjaran wang lebih dari harga yang dinyatakan.

Berikut merupakan 10 negara yang menduduki tingkat teratas dari segi ganjaran tunai kepada para pemenang:

1. Hong Kong – AS$768,000 (RM3.58 juta)

2. (tidak dinyatakan atas sebab boikot)

3. Serbia – AS$218,000 (RM1.014 juta)

4. Malaysia – AS$214,000 (RM997,000)

5. Itali – AS$196,000 (RM912,000)

6. Lithuania – AS$182,000 (RM847,000)

7. Moldova – AS$171,000 (RM796,000)

8. Latvia – AS$155,000 (RM722,000)

9. Hungary – AS$154,000 (RM717,000)

10. Bulgaria – AS$139,000 (RM647,000)

Baca juga: Boikot menjadi! Jualan McDonald’s seluruh dunia jatuh mendadak