Penyokong pembangkang yang asyik menyalak kerajaan ‘Mahaldahni’ begitu terdesak sehingga menabur fitnah dan menafikan fakta yang sebenarnya.
Penurunan harga telur 3 sen sebiji dijadikan sindiran pembangkang ketika kononnya segala bil utiliti, diesel dan pelbagai jenis cukai naik.
Padahal, hanya orang kaya yang berhadapan dengan beberapa kenaikan tersebut lantaran kerajaan MADANI diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan dasar yang memelihara kepentingan dan keadilan kepada segenap lapisan rakyat.
Berikut 11 fakta yang perlu rakyat hadam dalam menangkis propaganda jelek pembangkang seperti dirumuskan pemerhati politik, Amer Hamzah:
1) 85% pengguna domestik tidak terkesan. Yang terkesan adalah isi rumah dengan bil elektrik RM220 ke atas (orang kaya)
2) Harga air bukan ditentukan Kerajaan Persekutuan tetapi negeri masing-masing. Kelantan dan Kedah menaikkan juga tarif air walaupun servis teruk.
3) Caj IndahWater diumumkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada September 2022 yang mana kenaikan bermula pada Januari 2023.
4) Harga beras naik kerana kenaikan harga beras dunia dan India membataskan eksport beras mereka. Seluruh dunia terkesan dengan kenaikan itu.
5) Cukai barang nilai rendah (LVGT) melibatkan barangan import bawah RM500 sahaja.
6) Cukai Keuntungan Modal (CGT) telah dikecualikan bermula Januari 2024.
7) Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) melibatkan barangan mewah seperti kapal terbang, kapal layar, jam tangan mewah. Walaun ramai beli kapal terbang ke?
8) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya dikenakan kepada produk/servis tertentu sahaja. Tidak melibatkan seluruh transaksi jual beli seperti GST.
9) Cukai lapangan terbang naik setiap 3 tahun sekali berdasarkan perjanjian antara Kerajaan dan Malaysia Airport Holding Berhad bermula zaman Najib tahun 2015. Peningkatan harga akan berkuatkuasa kerana ia ada dalam perjanjian.
10) Harga diesel tidak pernah naik. Kekal RM3.35/liter sejak dulu. Penyasaran subsidi yang berubah.
11) Harga telur turun 3 sen menyaksikan kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat. Yang mana bocor daripada subsidi, diberikan semula kepada rakyat.
Ini Kerajaan yang prihatin rakyat. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani melakukan sesuatu demi kepentingan rakyat walaupun ianya tidak popular.
Un! Kerajaan MADANI tambah lagi satu penggal!
BACA JUGA Tak sangka jumpa ‘ibu’ di Mekah, boleh pula gadis ini ajak makan bersama