Ini 11 fakta tentang Tun Hanif Omar yang generasi TikTok perlu tahu, tak sangka ada kaitan dengan Dato Maharaja Lela

Awal pagi 11 Syawal bersamaan 20 April 2024 pastinya hari paling menyedihkan buat keluarga Tun Mohammed Hanif Omar.

Mantan Bekas Ketua Polis Negara (KPN) yang keempat itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi ketika usianya mencecah 85 tahun.

Anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff mengesahkan perkara tersebut.

“Dengan perasaan amat dukacita. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” katanya.

Berikut 11 fakta tentang Tun Hanif Omar yang generasi TikTok perlu tahu:

1) Cipta rekod sebagai Ketua Polis Negara (KPN) paling muda dan paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.

2) Dilantik sebagai KPN ketika usianya 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh ditembak komunis.

3) Dilahirkan di Teluk Anson (kini Teluk Intan) di Perak.

4) Merupakan cucu kepada pengasas daerah Kampar, Mohammad Jabar Bardot atau dikenali dengan nama Ngah Jabor atau Imam Prang Jabor yang merupakan orang kanan kepada pahlawan Perak tersohor, Dato Maharaja Lela.

5) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese di Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

6) Melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera di Singapura pada 1959.

Allahyarham Tun Hanif Omar ketika dikunjungi oleh KPN, Tan Sri Razarudin Husain bulan lalu.

7) Menyambung dalam bidang undang-undang dan menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang dari University of Buckingham di London.

8) Dilantik menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.

9) Suami kepada Toh Puan Hamidah Abdul Hamid itu kemudiannya menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973.

10) Selepas bersara pada Januari 1994, Tun Hanif dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004 hingga 2005.

11) Menjadi Penaung Yayasan Pengaman Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM).

BACA JUGA Ramai teruja Menteri Kabinet pun sempat buat aktiviti ini