Ini 4 jenis tanaman hiasan yang boleh atasi alergik, dah tak perlu pakai ‘air purifiers’ dalam rumah dah..

Meletakkan tanaman di dalam rumah tidak hanya memberikan sentuhan yang lebih cerah, segar, dan menarik pada ruang, tetapi juga membawa pelbagai manfaat tambahan yang boleh kita nikmati.

Contohnya, tanaman seperti lidah buaya boleh membantu mengurangkan gejala kulit yang terbakar akibat terpapar kepada sinaran matahari atau gigitan serangga pada kulit.

Selain itu, tanaman dalam ruangan juga dapat membantu meningkatkan ketenangan hati dan kreativiti. Terdapat beberapa jenis tanaman yang juga dapat membantu mengurangkan masalah alergi yang anda mungkin hadapi dengan menghalau alergen yang terdapat dalam rumah.

Beberapa tanaman yang boleh dijadikan pilihan antaranya ialah:

1. Dracaena

Menurut Better Homes & Gardens, dracaena mempunyai kemampuan untuk menyerap alergen dari udara dan menangkapnya di daun-daunnya. Oleh kerana tanaman ini boleh tumbuh dengan besar, pastikan untuk memangkasnya secara berkala dan meletakkannya di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.

2. Bamboo Palm (buluh kuning)

Bambu kuning dipercayai memiliki kemampuan untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dengan menyaring karbon monoksida, formaldehida, xylene, dan juga karbon – semua yang merupakan pencemaran yang boleh memburukkan gejala alergi.

Untuk menjaga keadaan tanaman ini tetap sihat, pastikan untuk menyiramnya secara berkala dan meletakkannya di tempat yang terkena cahaya matahari.

3. Gerbera Daisies

Selama anda tidak mempunyai alahan terhadap debunga, tanaman yang berwarna cerah ini boleh membantu menyaring benzena, bahan kimia yang terdapat dalam racun serangga, cat, pewarna, dan asap tembakau. Tanaman ini memerlukan paparan cahaya matahari yang langsung dan dapat memberikan sentuhan unik pada sudut rumah anda.

4. English Ivy

Satu kajian kecil menunjukkan bahawa English Ivy mampu mengurangkan bilangan spora kulat dalam udara. Kebolehan ini tentu sangat berguna, terutamanya bagi individu yang mengalami alahan terhadap kulat.

Baca juga: Asyik kena gigit pepijat, ini 3 perkara anda harus buat sebelum rebahkan diri atas katil hotel..jangan main ‘terjun’ je!