Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang juga dikenali sebagai Pok Nik boleh dianggap ‘otai’ dalam bidang perakaunan, kewangan korporat, pasaran modal dan perbankan Islam.
Tidak hairanlah dengan pengalaman beliau yang luas itu, bekas Pengarah Urusan Kumpulan (PUK) dan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Tabung Haji (TH) kini sudah ada saluran Pok Nik Deen.
Walaupun sudah dalam fasa lebih baik ‘melayan cucu dan makan angin’ saja, beliau rajin menerbitkan banyak video berkaitan isu ekonomi dan bisnes semasa sebagai panduan kepada usahawan-usahawan.
Pemegang Sarjana Perniagaan dari Curtin University of Technology, Australia ini juga sudah 16 tahun berkongsikan ilmu dan pengalamannya di Facebook.
Jangan tak tahu, Nik Mohd Hasyudeen pernah menyertai Program Lanjutan Pengurusan Perniagaan, IMD International Switzerland.
Beliau juga adalah Felo di CPA Australia dan ahli di Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Pok Nik juga adalah ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk BIMB Holdings Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, BIMB Investment Management Bhd, Cagamas Holdings Bhd, TH Plantations Bhd dan Al Hijrah Media Corporation.
Malah, beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan kanan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Eksekutif Penyeliaan Pasaran dan Korporat serta Pengerusi Eksekutif Lembaga Penyeliaan Audit.
Ikuti panduan menulis daripada Nik Hasyudeen ini:
Saya sudah menulis di FB semenjak tahun 2007 lagi. Sejak dari itu saya sudah memegang pelbagai jawatan.
Namun, saya terus menulis. Bagi saya adalah menjadi kewajipan berkongsi apa yang saya nampak dari kedudukan-kedudukan yang diamanahkan kepada saya.
Oleh kerana ada orang-orang baharu yang mengikuti penulisan saya, saya kongsikan di sini kaedah yang saya pakai semenjak 16 tahun yang lalu.
Semoga ini membantu anda memahami pendekatan saya. Namun, saya tidak boleh mengawal perasaan, emosi dan persepsi anda.
Ini 4 kaedah penulisan yang digunakan:
- Kongsi pengalaman dan pendapat.
- Bincang konsep dan asas isu bukan isu secara spesifik.
- Tidak menjawab komen melainkan untuk mengelakkan kekeliruan.
- Tidak layan tentera siber.
BACA JUGA Untunglah lebih 1.2 juta pelajar IPT dapat e-baucar mulai hari ini