Ini 4 wajah sebenar Coronavirus yang dijumpai dalam badan manusia

Penyebaran wabak COVID-19 sejak dua tahun lalu cukup memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia.

Penularan virus ini membuatkan kita mengubah gaya hidup sehari-hari dengan menerapkan norma baharu untuk mengekang penyebaran wabak merbahaya ini.

Walaupun COVID-19 baru saja ‘hidup’ dalam kalangan kita sejak dua tahun lepas, namun ‘keluarga’ dari coronavirus ini telah ditemui beberapa dekad yang lalu.

Memetik portal Siakapkeli, sebelum era pandemik COVID-19, coronavirus terakhir kali ‘menyerang’ pada tahun 2003 dan ‘menyepi’ sejak itu. Namun kebanyakan wabak dari virus jenis ini sangat berbahaya dan pernah ‘memakan’ korban.

Selama ini mungkin kita cuma dengar sahaja nama coronavirus atau mungkin tengok ‘rupa’ virus ni dalam bentuk ilustrasi. Apa kata kali ni kita tengok pulak macam mana bentuk sebenar ‘keluarga’ coronavirus ni di bawah mikroskop elektron dengan resolusi 666 kali lebih jelas dari mikroskop biasa.

Coronavirus manusia 229E

Dalam tujuh jenis coronavirus yang dikesan, empat daripadanya boleh dikatakan tidak merbahaya. Coronavirus dari jenis 229E dan NL63 diklasifikasikan sebagai alphacoronavirus, manakala OC43 dan HKU1 tergolong dalam betacoronavirus.

Empat jenis virus ini sering ditemui dalam tubuh manusia dan hanya menyebabkan demam biasa. Berikut adalah imej coronavirus 229E setelah diperbesarkan 60,000 kali ganda di bawah mikroskop elektron.

MERS-CoV

Middle Eastern respiratory syndrome atau MERS-CoV merupakan rantaian virus corona yang jauh lebih merbahaya berbanding demam biasa. MERS-CoV pertama kali ditemui di Arab Saudi pada tahun 2012 dan telah meragut nyawa 37 peratus populasi yang tertular.

SARS-CoV

Severe acute respiratory syndrome atau SARS-CoV adalah penyakit seakan-akan jangkitan selesema. Virus yang tergolong dalam jenis yang sama seperti COVID-19 ini telah menular ke 26 negara seluruh dunia sekitar tahun 2002 hingga 2003.

 

SARS-CoV-2

Lebih dikenali sebagai virus COVID-19, wabak ini sempat menggemparkan dunia setelah ia mula merebak di China pada tahun 2019.

SARS-CoV-2 atau COVID-19 ini sangat serupa dengan MERS-CoV dan SARS-CoV yang pertama kali ditemui.