Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 66 tahun. Lama tu! Namun sebagai rakyat Malaysia, anda pasti ke tahu tentang semua fakta melibatkan hari kemerdekaan Malaysia ini?
Artikel bawah ini mengandungi fakta-fakta yang anda pasti taktahu. Jom asah pengetahuan am anda dengan fakta fakta ini.
- Jalur Gemilang direka oleh seorang arkitek
Sekiranya anda tidak tahu, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini telah direka oleh seorang arkitek dari Johor yang bernama Mohamed bin Hamzah selepas mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, dengan penyertaan sebanyak 373 peserta dari pelbagai kawasan di seluruh negara.
2. Lagu Negaraku diambil dari lagu Negeri Perak
Sebelum mencapai kemerdekaan, Malaysia tiada lagu kebangsaan. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman, yang pada masa itu mengetuai Kementerian Hal Ehwal Negeri, telah menganjurkan pertandingan untuk mencari lagu kebangsaan.
Setelah menerima 512 penyertaan, tiada yang dianggap sesuai sehingga beliau memutuskan untuk menggunakan lagu negeri Perak yang berjudul ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dan menulis lirik baru untuk ‘Negaraku’.
3. Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia
Dengan keluasan melebihi 743,000 kilometer persegi, Pulau Borneo yang berkongsi perbatasan antara Sabah, Sarawak, Brunei, dan Indonesia merupakan pulau terbesar ketiga di dunia setelah Greenland dan New Guinea. Pulau ini juga menjadi tempat terdapatnya hutan hujan tropika terbesar di dunia.
4. Jam di Malaysia ditukar sebanyak lapan kali
Pertukaran pertama dilakukan pada tahun 1932 di mana jam dilaraskan 20 minit ke hadapan untuk memanjangkan waktu siang. Kemudian pada tahun 1941, penyesuaian dilakukan sekali lagi dengan memajukan masa sebanyak 10 minit. Pada tahun 1942, perubahan yang lebih besar dijalankan dengan meneruskan masa sebanyak 2 jam untuk selaras dengan waktu di Tokyo.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1945, kita telah mengembalikan jam kepada pengaturan seperti tahun 1941. Perubahan terakhir dilakukan pada 1 Januari 1982, di mana Tun Mahathir mengambil langkah terakhir dengan memajukan masa sebanyak 30 minit untuk menyelaraskan dengan Sabah dan Sarawak. Keputusan ini turut diikuti oleh Singapura pada hari yang sama.
5. Malaysia ada roundabout terbesar di dunia
Bulatan terbesar di dunia terletak di Malaysia. Ia dikenali sebagai Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya, dengan keluasan sebanyak 2.2 batu dan diameter mencapai 3.5 kilometer.