Ramai taktahu ini kisah lemas yang tak melibatkan air, No 2 tu paling terkejut

Mungkin pengalaman masa lalu sulit untuk kita lupakan. Ia mungkin menjadi babak hitam dalam kehidupan kita.

Adakah anda pernah mengalami insiden lemas dalam sejarah hidup anda? Jawapan mungkin ya atau tidak, ia bergantung pada pengalaman masing-masing.

Walaupun kejadian-kejadian ini mungkin tidak pernah kita dengar sebelumnya, namun ini adalah realiti dalam kehidupan. Di mana seseorang boleh meninggal akibat lemas tanpa melibatkan air.

1. Lemas dalam minyak masak

Pada tahun 2001, seorang lelaki yang telah bekerja di kilang minyak Frito-Lay di Lubbock, Texas selama 6 tahun akhirnya kehilangan nyawa semasa melakukan kerja pembaikan di atas bumbung sebuah tangki setinggi 4.5 meter yang penuh dengan minyak masak.

Menurut pasukan paramedik, kepala lelaki tersebut terhentak ke dinding tangki dan menyebabkan tiada tindak balas apabila cuba menyelamatkannya. Akhirnya dia lemas dalam minyak masak.

2. Lemas dalam tangki coklat

Kejadian yang berlaku pada tahun 2002 ini telah mengakibatkan kematian seorang pekerja kilang pembuatan coklat di Hatfield, Pennsylvania kerana dia terperangkap dan tenggelam dalam tangki coklat.

Tangki yang besar ini mengandungi lebih daripada 4,500 liter cecair berwarna coklat. Platform yang digunakan untuk mencampurkan bahan-bahan ke dalam tangki itu merupakan tempat kerja utama dan sayangnya pekerja yang tidak berjaga-jaga dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam tangki itu.

Beberapa hari kemudian, rakan sekerja yang lain akhirnya menyedari bahawa pekerja muda itu hilang dan ditemui di dalam tangki tersebut.

Namun, ini bukanlah insiden pertama dan terakhir yang berlaku. Pada tahun 2009, peristiwa serupa juga berlaku di New Jersey.

3. Lemas dalam tangki cat

Pada bulan Ogos tahun 2000, sebuah tangki besar yang mengandungi cat kenderaan berjenama seringkali menghadapi masalah bocor yang sering berlaku.

Masalah ini telah menyebabkan salah seorang pekerja di tempat itu cuba untuk menghentikan tumpahan cat tersebut.

Namun akibat tindakan tersebut, pekerja itu tergelincir dan jatuh semasa cuba menutup tangki yang bocor tersebut.

Oleh itu, syarikat besar itu akhirnya bertanggungjawab atas kematian pekerja tersebut akibat lemas oleh cat kenderaan tersebut.

4. Tenggelam dalam asid sulfurik

Pekerja muda berusia 18 tahun itu tewas ketika menjalankan tugasnya di kilang asid sulfurik di California. Walau bagaimanapun, kemalangan ini masih menjadi misteri yang belum jelas dengan keadaan sebenar kemalangan tersebut masih samar-samar.

Menurut jurucakap kilang tersebut, kemungkinan besar remaja tersebut tidak memakai sebarang perlindungan ketika menjalankan kerja dengan bahan kimia.

Pihak berkuasa percaya bahawa asap yang mengandungi toksik tersebut mungkin menyebabkan remaja tersebut tidak sedarkan diri sehingga terjatuh dan lemas dalam tangki asid sulfurik tersebut.

5. Jatuh lubang tandas

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang baru saja memulakan perjalanan ke dunia sekolah, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan dan ditemui dalam tangki kumbahan.

Semasa kejadian berlaku, guru mangsa sedar bahawa kanak-kanak tersebut telah hilang selama dua jam, lalu menghubungi ibunya untuk memberitahu mereka sedang berusaha mencari kanak-kanak itu.

Firasat ibu tidak pernah salah. Ibunya serta merta menoleh ke arah tangki najis lalu pihak bomba dengan cepat mengeluarkan jenazah mangsa. Sekolah tersebut diberi amaran untuk menutup tandas tersebut dengan serta-merta.

Baca juga: Kiriman kek hari lahir untuk Fazura buat ramai sebak, “Tinggal Mommy dengan Fatima je”