Ini 5 manusia bertuah jumpa ‘lubuk emas’ dalam barangan terpakai, No 2 tu paling tak masuk akal

Ramai individu di dunia ini yang amat meminati barangan terpakai kerana tidak mahu membazir dan barangan yang ditawarkan juga masih dalam keadaan elok.

Namun, ramai yang tidak mengetahui ada sesetengah barangan terpakai sangat bernilai tinggi berikutan ia adalah barang yang antik.

Disini kami senaraikan lima individu yang menemui lubuk emas hasil pencarian di tempat barangan terpakai:

1. Mario Tavella

Siapa menyangka seorang kakitangan senior di sebuah kedai yang menjual barang antik Sotheby’s, iaitu Mario Travella, sebenarnya sangat bertuah. Dia telah menemui sebahagian rak antik dari kurun ke-17 yang disimpan di sebuah restoran di York, England.

Setelah bertahun-tahun mencari, akhirnya Mario menemui sebahagian lain dari rak tersebut yang kemudiannya disatukan dan dilelong di kedai antik Sotheby’s. Rak tersebut telah dibeli oleh seorang ‘collector’ barang antik British dengan nilai sebanyak GBP1 juta (RM5.49 juta).

2. John Weber

Seorang lelaki bernama John Weber memiliki sebuah cawan yang diberikan oleh datuknya semasa dia masih kecil.

Namun, dia tidak mengetahui asal-usul cawan itu sehingga menggunakan ia sebagai sasaran untuk latihan menembaknya menggunakan pistol angin.

Selepas dinilai oleh seorang pakar barang antik, cawan emas tulen itu telah diidentifikasi sebagai warisan sejarah Parsi yang berusia kira-kira 2,300 tahun pada zaman Achaemenid. Pada tahun 2008, cawan emas tersebut berjaya dilelong dengan harga GBP99,000 (RM544 ribu).

3. Andy Fields

Pada tahun 2010, seorang peniaga dari Britain bernama Andy Fields membeli lima lukisan di sebuah jualan gudang di Las Vegas dengan harga USD4 (RM16).

Dia yang pada mulanya ingin membuat bingkai pada lukisan itu, namun tidak sengaja menjumpai tandatangan Andy Warhol iaitu seorang penggiat seni yang sangat terkenal di Amerika.

Setelah dinilai oleh the Royal West of England Academy, ternyata lukisan tersebut dilukis oleh Warhol semasa beliau berumur 10 tahun dan merupakan salah satu karya seninya yang paling awal. Lukisan tersebut dinilai berharga USD2 juta (RM7.8 juta).

4. Rick Norsigian

Rick Norsigian adalah seorang penggemar barang antik yang sangat beruntung. Pada suatu hari dia telah mendapatkan dua kotak lama yang berisi 65 gulung negatif film. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa negatif-negatif tersebut dimiliki oleh Ansel Adams, Bapa Fotografi Amerika.

Rick membeli kedua kotak tersebut dengan harga USD40 (RM157) dari jualan garaj di Fresno. Namun apa yang mengejutkan, kesemua 65 gulung negatif filem itu dianggarkan bernilai USD200 juta (RM783 juta).

Ia kerana foto-foto yang terdapat dalam negatif filem itu diselidik ianya diambil antara tahun 1919 hingga 1930. Ini merupakan karya awal Ansel Adams yang mulai mendapat perhatian ramai pada tahun 1940.

5. Tony Marohn

Pada tahun 2008, Tony Marohn telah membeli sebuah kotak antik di sebuah rumah yang menjual barangan terpakai.

Dia turut menyatakan harga kotak yang dibelinya hanya berharga RM16(USD4) lalu menemui sehelai kertas yang mengandungi maklumat lama.

Marohn mendapati dalam kotak itu terdapat satu sijil saham yang dikeluarkan oleh Palmer Union Oil Company pada tahun 1917.

Kini, syarikat tersebut lebih dikenali sebagai the Coca-Cola Company. Berdasarkan nilai sijil saham itu pada masa sekarang, ia dianggarkan bernilai USD130 juta (RM509 juta).

Baca juga: ‘Geng RXZ’ rayu pemilik hotel benar bawa motor masuk bilik, “Masuk lobi pun jadilah kak”