Kebelakangan ini kerap kali kita dikejutkan dengan berita suami isteri yang curang, mempunyai masalah dan kewangan yang tidak baik.
Tiada yang ingin perpisahan di dalam rumahtangga. Semua pasangan perlu sehabis baik untuk berkorban di dalam perkahwinan.
Ini lima pantang larang untuk anda yang ingin mengekalkan keharmonian rumahtangga mengikut tips Dalia :
- Jangan bandingkan pasangan
Suami isteri perlu berhenti membandingkan siapa yang lebih penat kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah malah makin membuatkan situasi makin menegang.
Buatlah sesuatu kerja itu disebabkan tanggungjawab bukan kerana telah membuat banyak kerja atau sebaliknya.
2. Jangan berkira
Sebagai contoh, jika sudah memberikan wang kepada isteri untuk keperluan rumah dan duit yang diberikan habis.
Jangan cepat melabel isteri boros kerana kemungkinan duit yang diberikan tidak mencukupi.
Cubalah untuk berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah dan membuat bajet bulanan.
3. Jangan ego
Jika pasangan menegur kekurangan kita, janganlah cepat melenting. Itulah punca perbalahan yang berpanjangan kerana tidak dapat menerima salah sendiri.
Ingat. Tak selamanya kita betul ya.
Kita semua ada buat silap. Terima kesalahan dan perbaiki dari semasa ke semasa.
4. Jangan biar orang luar masuk campur
Kalau semua benda kena tanya keluarga, jangan kahwin.
Kalau nak duduk mana lepas kahwin tanya keluarga, jangan kahwin.
Kalau macam ni, keluarga yang kawal rumah tangga. Bukan anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu bebas bergaul
Kes curang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat. Jangan beri peluang orang luar untuk rapat.
Kalau dah kahwin buat cara dah kahwin. Jaga batas pergaulan dengan kawan kawan berlainan jantina.
Baca juga: Pemanasan global tidak mampu dipulihkan, saintis ramal malapetaka bakal melanda seluruh dunia