Mengejutkan ramai apabila pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.
Perkahwinan yang bertahan dua tahun itu dikatakan berpunca dari sebab tiada persefahaman antara mereka berdua.
Sebelum ini, Syamsul Yusof menjadi individu yang bermati-matian mempertahankan rumahtangganya bersama anak Kazar Saisi meskipun tidak diberikan restu oleh kedua ibu bapanya.
Ini antara selebriti yang mengejutkan ramai dengan bercerai pada tahun 2024:
1. Aliff Aziz dan Bella Astilah
Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 13 Jun 2024.
Rumahtangga mereka hebat diuji apabila Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang artis wanita iaitu Ruhainies di sebuah rumah milik wanita itu di Kuala Lumpur.
2. Hisyam Hamid dan isteri
Setelah melalui onak badai dalam rumahtangga, pelakon Hisyam Hamid dan juga isterinya dilaporkan sudahpun bercerai setelah berumahtangga selama 18 tahun.
Meskipun tidak menyatakan puncanya, dikatakan Hisyam mendapat kebenaran untuk menjaga kedua-dua anaknya iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
3. Nora Danish Nedim Nazri
Meskipun banyak kali menolak apabila dikatakan bakal bercerai, berita Nora Danish dan juga suaminya telah bercerai pada 19 Jun lepas dapat dihidu wartawan yang menunggu di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 8.40 malam.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
4. Harith Iskander dan Dr Jezamine
Selepas 14 tahun bersama, pelawak, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai.
Harith Iskander turut menyatakan punca penceraian adalah berkaitan dirinya yang telah melakukan tindakan bodoh ketika masih berada di dalam perkahwinan bersama Dr Jezamine.
5. Erynne Erynna dan suami
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan suami, Afify Sazali.
Mengakui tiada persefahaman, pelakon itu hanya mahu membesarkan anak bersama bekas suami dalam keadaan yang baik.
Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.
Baca juga: Jangan buat gurau! Masih ramai taktahu ini rupanya hukuman dikenakan jika hina institusi Diraja