Ini antara koleksi kereta mewah dimiliki Shuib, bukan calang-calang orangnya

Shuib Sepahtu bukanlah sebuah nama asing dalam bidang seni di negara ini.

Shuib bermula dari menyertai bidang lawak spontan yang kemudiannya membawa dia ke bidang pengacaraan.

Kini Shuib telah bergelar usahawan yang berjaya dengan jenamanya yang terkenal di seluruh Malaysia iaitu Bubblebee.

Menerusi laman instagramnya, Shuib dilihat kerap menayang koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Ini menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang mendakwa beliau seakan ingin menayang kemewahannya.

Namun kenyataan itu dibidas oleh Shuib yang mengakui hanya berkongsi minat terhadap koleksi kereta mewah.

“Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi apa yang memang saya suka. Kalau ada yang tidak suka atau tak selesa, jangan follow saja saya”.

Ditanya adakah telah mencapai tahap jutawan namun beliau menafikan dan mengakui masih belum layak berada dalam kedudukan itu.

Namun melihat pada koleksi kereta mewahnya memberi bayangan bahawa beliau telah berada di tahap yang selesa.

“Saya minat dan apabila minat saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri saya.”

Shuib Sepahtu dilihat memiliki koleksi kereta mewah seperti Porsche Cayman GT4, McLaren 650s, Chevrolet Camaro, Ford Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Baca juga: Beregu lelaki negara nekad ikut jejak Lee Zii Jia, ini respon mengejutkan BAM